Warning!

Popcorn Time menstrim cereka dan rancangan TV dari torrent


Memuat turun bahan berhakcipta mungkin tidak dibenarkan dalam negara anda. Guna atas risiko sendiri.

Apa itu Popcorn Time?

Popcorn Time! adalah hasil usaha ramai pembangun dan pereka yang menggabungkan beberapa API supaya pengalaman menonton cereka torrent menjadi mudah.

Kami merupakan projek sumber terbuka. Kami berasal dari seluruh dunia. Kami menyukai cereka. Dan semestinya, kami menyukai popcorn.

Popcorn Time berfungsi menggunakan torrent. Adakah saya menyemai ketika menonton cereka?

Benar. Anda akan memuat naik bit-bit cereka selama mana anda menontonnya di Popcorn Time.

Apa yang saya perlu lakukan untuk melindungi diri ketika proses torrent berjalan ?

VPN adalah satu kaedah untuk mendapatkan sambungan internet yang selamat dan awanama menggunakan teknologi penyulitan. Ia melindungi anda dari pemantauan dan menjadikan identiti anda tidak boleh dijejaki ketika proses penyulitan berjalan, dengan menyembunyikan alamat-IP anda supaya anda dapat gunakan internet, termasuklah Popcorn Time secara selamat dan awanama.

Popcorn Time VPN

Apa yang berlaku kepada cereka tersebut selepas habis menontonnya?

cereka tersebut akan kekal berada di dalam folder sementara sehinggalah anda memulakan semula komputer anda. Selepas itu ia akan terpadam. Anda boleh kekalkan fail yang dimuat turun menerusi tetapan.

Apakah akan ada versi baharu?

Berkemungkinan besar ya. Tetapi kami tidak tahu bila ia akan dikemaskini dan anda akan ketahuinya menerusi Facebook, Twitter, Reddit and Google+.

Bagaimana anda memperoleh cereka-cereka yang terkini?

Kami perolehinya menerusi cereka yang dimuat naik oleh YTS. Nak tahu kena tanya mereka!

Kenapa ada beberapa episod hilang?

Kami peroleh episod Rancangan TV daripada EZTV/KAT/RARBG. Oleh kerana terdapat kekangan kodeks video dan audio, pemilihannya adalah lebih ketat berbanding yang kami peroleh melalui API. Inilah punca kenapa beberapa rancangan TV kehilangan beberapa episod.

Bila anda dapat menambah cereka dalam bahasa saya?

Berkemungkinan semua cereka (mungkin juga bukan semua) yang tersedia dalam Popcorn Time berbahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, bahasa sarikata dan apl tersebut senantiasa ditambahbaik oleh para penyumbang kami.

Kenapa saya tidak dapat lancarkan Popcorn Time?

Sistem anda mungkin menghalang apl tidak berdaftar daripada dijalankan
Pergi keKeutamaan Sistem > Keselamatan > Benarkan Apl dimuat turun > Dimana sahaja

dan cuba lancarkan Popcorn Time sekali lagi.

  • $ chmod +x /Applications/Popcorn\ Time.app/Contents/MacOS/node-webkit
  • $ chmod +x /Applications/Popcorn\ Time.app/Contents/Frameworks/crash_inspector
  • $ chmod +x /Applications/Popcorn\ Time.app/Contents/Frameworks/node-webkit\ Helper.app/Contents/MacOS/node-webkit\ Helper
  • $ chmod +x /Applications/Popcorn\ Time.app/Contents/Frameworks/node-webkit\ Helper\ EH.app/Contents/MacOS/node-webkit\ Helper\ EH
  • $ chmod +x /Applications/Popcorn\ Time.app/Contents/Frameworks/node-webkit\ Helper\ NP.app/Contents/MacOS/node-webkit\ Helper\ NP

Saya tidak melepasi skrin Tunggu sebentar... :(

Maaf, kami tak dapat bantu anda.

Kenapa saya tidak dapat pilih sarikata?

Anda perlu tunggu sehingga semua data cereka (muka hadapan, ringkasan cereka, dan lain-lain) selesai dimuat turun. Kadangkala mungkin disebabkan masalah lain!

Tak mahu ke popcorn time dilancarkan untuk Apple TV/Smart TVs/Commodore 64?

Buat masa ini, kami berusaha untuk menambahbaik aplikasi sedia ada dahulu. Oleh itu pelancaran versi untuk platform lain bukanlah perancangan semasa kami.


Bilakah untuk aplikasi iOS dikeluarkan?

Bila para pembangun kami merasakan ia sedia dilepaskan.

Saya ada beberapa soalan yang tidak tersenarai di sini, macamana?

Our Forum

Anda boleh keutarakan soalan tersebut di dalam forum kami yang mana para pembangun akan cuba menjawab setiap soalan yang diterima. Jika mereka sibuk dan tidak dapat menjawab persoalan tersebut, pihak komuniti kami dapat membantu anda